Marx: Kebenaran dan Mitos Oleh Alex Callinicos Dari Socialist Review, Nombor 227 (Februari 1999). Hak cipta Socialist Review (1999). Diterjemahkan oleh Muhammad Salleh (2001). Selepas dilayan seperti anjing sepanjang tahun 1990-an, Karl Marx telah kembali ke dalam fesyen. Dalam tahun yang lepas, pengulas-pengulas dalam organ-organ pertubuhan terkemuka seperti Financial Times and The New Yorker telah memaparkan rencana-rencana yang mengisytiharkan kepentingan fikiran Marx kepada dunia mutakhir. Ia sudah menjadi jarang apabila seminggu berlepas tanpa mukasurat-mukasurat ekonomi akhbar Guardian membuat sekurang-kurangnya satu rujukan kepada kritikan Marx terhadap kapitalisme. Sememangnya, seperti yang pernah dikatakan oleh Bill Clinton, “ia adalah ekonomi, bodoh” yang menjelaskan kebangkitan semula reputasi Marx. Sambil kapitalisme dunia seolah-olah telah berjaya pada separuh pertama tahun 1990-an, Marx tidak diberikan perhatian. Kini, apabila ekonomi dunia semakin merosot, karya-karyanya sedang dibersihkan semula. Namun, dalam pelbagai cara, pengembalian ini tidaklah seperti yang kelihatan kepada mata. Meskipun kehormatan dan perhatian yang kini diberikan kepadanya, inti fikiran Marx tetapi diketepikan secara umunya. Maka, wartawan Guardian, Victor Keegan, menulis pada awal bulan Januari [1999] bahawa dia mempunyai keinginan untuk berbicara secara peribadi dengan Marx, tetapi kemudiannya berkata, “Apa yang sudah tentu akan memeranjatkan Marx adalah kekuatan sistem pasaran, yang seolah-olah telah melepasi satu lagi krisis.” Di sebalik rujukan, dalam realiti, yang mengetepikan Marx ini, terletak rangka mitos yang berkeras mengenai sifat fikirannya. Tidak ada di antara mitos ini yang baru - kebanyakannya diutarakan oleh pengkritik-pengkritik Marx yang pertama seabad yang lalu. Tetapi ianya disebarkan oleh sistem pendidikan dan media massa, khususnya oleh peringkat-peringkat yang lebih tinggi, dan yang kononnya lebih sofistikated. Ini merupakan, seperti yang saya katakan, mitos - iaitu, ianya tidak menggambarkan kandungan sejati fikiran Marx. Di sini saya membincangkan lima daripada mitos yang paling mendalam itu. Mitos satu: Konsep kelas Zaman Victoria Dari Manifesto Komunis dan selanjutkan, Marx menggambarkan masyarakat kapitalis sebagai terbahagi di antara sebuah minoriti kaum kapitalis dalam tangan siapa terletak segala kuasa ekonomi, dan majoriti besar para pekerja yang melaksanakan tugas-tugas yang diperlukan oleh sistem kapitalis. Tetapi, beberapa orang ahli sosiologi berkata, masyarakat mutakhir tidak sesuai dengan gambar ini. Kebanyakan orang, sekurang-kurangnya di negara-negara seperti Britain, merupakan kelas menengah, yang melakukan kerja kolar putih dalam industri-industri perkhidmatan dan bukannya membanting tulang dalam kilang-kilang seperti yang terdapat semasa pemerintahan Ratu Victoria. Kritikan ini adalah berdasarkan salah fahaman mengenai konsep kelas Marx. Bagi dia, kelas bukannya dihuraikan mengikut cara hidup atau pekerjaan seseorang, mahupun melalui, dengan had, pendapatan seseorang itu. Kedudukan kelas seseorang bergantung kepada hubungannya dengan cara-cara pengeluaran. Ini merupakan sumber-sumber pengeluaran - tanah, bangunan dan jentera - tanpa mana aktiviti ekonomi tidak dapat berlangsung. Kaum pekerja tidak mempunyai jalan masuk kepada sumber-sumber pengeluaran - dengan pengecualian penting bagi tenaga bekerja mereka, iaitu kemampuan mereka untuk bekerja. Untuk terus hidup, mereka perlu menjual tenaga bekerja ini kepada kaum kapitalis, di mana kekayaan pihak kapitalis itu membenarkan mereka menguasai cara-cara pengeluaran. Kedudukan pekerja yang lemah berbanding pihak majikan bermakna mereka menjual tenaga pekerja mereka dengan syarat-syarat yang buruk. Mereka bekerja di bawah kawalan ketat pengurus-pengurus dan pihak majikan untuk gaji yang membenarkan pihak majikan untuk merangkul keuntungan yang besar dari kesusahan pekerja. Maka, kelas bagi Marx merupakan hubungan sosial. Untuk menjadi seorang pekerja mengikut penghuraiannya, anda boleh bekerja di pejabat, pasaraya atau hospital, dan juga di kilang. Anda boleh melakukan sejenis pekerjaan kolar putih atau anda boleh membantu mengeluarkan perkhidmatan - misalnya, dengan mengajar kanak-kanak atau dengan menhidangkan burger - selain mengeluarkan barangan materialis. Mengikut penghuraian ini, majoriti besar daripada kuasa pekerja di negara-negara seperti Britain datangnya dari kelas pekerja - dan sememangnya, kajian-kajian pendapat menunjukkan bahawa, meskipun menyedihkan ahli-ahli sosiologi, majoriti besar menganggap diri mereka sebagai kelas pekerja. Mitos dua: Hukum besi mengenai gaji Marx selanjutnya dituduh memercayai bahawa kelas pekerja, dalam aliran perkembangan kapitalis, akan semakin melarat. Ini kadang-kala dinamakan ramalan 'kemelaratan beransur-ansur' bagi rakyat jelata dia. Tetapi oleh kerana gaji sebenar telah, di negara-negara kapitalis maju, meningkat dalam 100 tahun yang lalu, Marx sudah pasti dibuktikan silap. Ini merupakan pemesongan menakjubkan terhadap pemikiran Marx. 'Hukum besi mengenai gaji', mengikut mana gaji sebenar tidak dapat meningkat melebihi minimum bagi kehidupan fizikal, merupakan salah satu dogma utama bagi ekonomi pro-kapitalis pada abad ke-19. Ia adalah berdasarkan teori penduduk Thomas Malthus, menurut mana sesebuah penduduk akan meningkat lebih cepat daripada pengeluaran makanan. Mana-mana peningkatan gaji yang melebihi keperluan hidup akan, menurut teori ini, memulakan pertumbuhan penduduk, lalu menghasilkan kemelaratan umum. Jauh daripada menerima teori ini, Marx berusaha untuk menentangnya dan dia mendesak kaum sosialis untuk tidak menerimanya. Dalam Gaji, Harga dan Keuntungan, dia menentang perdebatan seorang pengikut sosialis utopia Robert Owen bahawa 'hukum besi mengenai gaji' bermaksud bahawa kesatuan-kesatuan pekerja tidak dapat memperbaiki keadaan pekerja. Marx menunjukkan bahawa pembahagian hasil di antara tenaga pekerja dan kapital bergantung kepada imbangan kuasa di antara kedua-dua pihak itu, dan maka, pada perjuangan kelas. Apa yang benar adalah bahawa Marx membezakan di antara kemelaratan mutlak dan relatif. Gaji sebenar memang meningkat, tetapi bahagian hasil tenaga pekerja yang dirangkul oleh pekerja mungkin merosot berbanding bahagian yang dirangkul oleh pihak kapitalis dalam bentuk keuntungan. Jika tenaga pekerja menjadi lebih produktif, taraf kehidupan mereka mungkin meningkat, tetapi mereka tetap akan dieksploitasi kerana pihak majikan mendapat lebih banyak keuntungan daripada mereka. Marx juga memperdebatkan bahawa terdapat had-had kepada apa yang dapat dicapai melalui reformasi kesatuan pekerja. Kekuasaan pihak majikan ke atas pengeluaran bermaksud mereka dapat melemahkan kuasa tawar-menawar pekerja dengan memecat mereka. Ini adalah apa yang berlaku semasa kemerosotan ekonomi. Pengangguran yang meningkat memaksa pekerja yang masih mempunyai pekerjaan untuk menerima gaji yang lebih rendah dan keadaan bekerja yang lebih buruk. Semasa 25 tahun krisis ekonomi yang lalu, gaji sebenar di Amerika Syarikat, negara terkaya di dunia, telah jatuh secara mendadak. Ini sememangnya tidak menunjukkan bahawa Marx adalah silpa dalam teori dia. Mitos tiga: Kehancuran ekonomi yang tidak dapat dielakkan Tetapi, kata pengkritik-pengkritik, bukankah Marx mendakwa bahawa kapitalisme akan hancur dengan sendiri akibat percanggahan-percanggahan ekonomi? Dan oleh kerana kehancuran kapitalis belum berlaku, sudah past Marx, sekali lagi, dibuktikan silap? Marx sememangnya memperkembangan teori krisis ekonomi dalam karya termasyhur dia bertajuk Kapital. Jauh sebelum ahli ekonomi Maynard Keynes, dia memusnahkan idea - yang masih dipupuk oleh ahli-ahli ekonomi aliran utama dan diheboh-hebohkan oleh ahli-ahli politik pada hari ini - bahawa ekonomi pasaran yang disusun dengan baik sudah tentu akan mencapai kesinambungan apabila segala sumber-sumbernya digunakan dengan sepenuhnya. Dia juga menunjukkan bahawa terdapat kuasa-kuasa mendalam yang mendorong kapitalisme menuju krisis-krisis. Yang paling penting di antara ini adalah kebiasaan untuk kadar keuntungan merosot. Kadar keuntungan - pemulangan yang pihak kapitalis membuat dari pelaburan mereka - adalah ukuran kejayaan utama dalam ekonomi kapitalis. Tetapi pihak kapitalis merupakan kelas yang berpecah-belai secara dalaman - mereka bersaing di antara satu sama lain, setiap satu mencari bahagian keuntungan yang lebih besar daripada yang mereka telah memerah dari para pekerja. Kapitalis-kapitalis individu melabur dalam cara-cara pengeluaran yang lebih baik untuk memenangi bahagian pasaran yang lebih besar. Pesaing-pesaing mereka terpaksa mengikut langkah itu untuk terus mendapat keuntungan. Hasil daripada ini, pelaburan - terutamanya dalam jentera - meningkat dengan lebih pesat daripada kuasa pekerja. Tetapi tenaga para pekerja ini adalah sumber keuntungan. Maka, kadar keuntungan meningkat dengan lebih perlahan-lahan daripada pelaburan, dan maka, kadar keuntungan merosot. A[abila kadar keuntungan secara menyeluruh jatuh ke bawah sesuatu tahap, pelaburan baru diberhentikan dan ekonomi memasuki krisis. Namun, terdapat hanya kebiasaan untuk kadar keuntungan merosot. Marx menyenaraikan 'pengaruh-pengaruh balasan' yang menolak naik kadar keuntungan. Sememangnya, dia berkata, “pengaruh-pengaruh sama yang menghasilkan kebiasaan dalam kadar keuntungan untuk merosot, juga memanggil ke hadapan kesan-kesan balasan, yang menahan, mencacatkan dan melumpuhkan kejatuhan ini.” Yang paling penting daripada ini adalah krisis-krisis sendiri. Semasa krisis ekonomi, perusahaan-perusahaan menjadi muflis dan aset-aset perusahaan-perusahaan tersebut dijual dengan murah. Ini mengurangkan jumlah kapital secara menyeluruh dalam ekonomi. Pada masa yang sama, para pekerja dipaksa dengan rotan pengangguran untuk menerima pengekploitasian yang lebih tinggi. Kuasa-kuasa ini membantu memulihkan kadar keuntungan kepada tahap di mana pelaburan dan pertumbuhan dapat berlaku semula. Maka, seperti yang dikatakan oleh Marx, “krisis berterusan tidak wujud.” Pergolakan dalam kadar keuntungan membawa kapitalisme melalui roda kemajuan dan kemerosotan yang Marx merupakan antara yang pertama untuk mengkaji. Fasa-fasa kemerosotan dalam 'roda perniagaan' ini membawa kemelaratan kepada kaum pekerja. Apabila sistem ini berada dalam krisis, perjuangan kelas menjadi lebih pahit dan nyata. Dari pergolakan kelas ini datangnya sebuah kelas pekerja yang mempunyai keyakinan politik untuk menumbangkan kapitalisme. Tetapi ini tidak bermakna bahawa kapitalisme akan tumbang dari segi ekonomi dengan sendiri. Mitos empat: Determinisme [penentuan] ekonomi Pemesongan teori Marx adalah sebahagian daripada salah fahaman yang lebih besar mengenai pemikirannya. Seringkali, dia digambarkan sebagai seorang determinis ekonomi, yang percaya bahawa perubahan sejarah adalah hasil perkembangan kuasa-kuasa pengeluaran yang tidak dapat dielakkan. Lebih khususnya lagi, dia dituduh sebagai berpendapat bahawa sosialisme sendiri tidak dapat dielakkan. Sememangnya, terdapat aliran dalam tradisi Marxsis - terutamanya semasa perdebatan-perdebatan di antara parti-parti sosialis yang menjadi hali Internasional Kedua yang muncul selepas kewafatan Marx - yang memperdebatkan bahawa sejarah sememangnya berkembang mengikut hukum-hukum ekonomi yang tidak dapat dielakkan. Tetapi, meskipun kenyataan Marx sedikit sekali memberi sokongan kepada pandangan ini, aliran utama dalam pemikirannya sangat berbeza sekali. “Manusia membuat sejarah mereka sendiri, tetapi mereka tidak membuatnya sesuka hati,” Marx menulis, “mereka tidak membuatnya di bawah syarat-syarat yang dipilih oleh mereka sendiri, tetapi di bawah syarat-syarat yang dialami secara terus-menerus, diberikan dan diajukan dari masa yang lalu.” Ini mencadangkan bahawa umat manusia sememangnya dihadkan oleh keadaan-keadaan materialis mereka, tetapi bahawa had-had tersebut tidak menghilangkan pilihan atau ilham mereka. Sekali lagi, dalam Manifesto Komunis, Marx berkata bahawa setiap krisis besar dalam masyarakat berkelas telah berakhir “antara dalam pembinaan semula masyarakat secara revolusioner, atau kebinasaan bersama oleh kelas-kelas yang bertanding.” Dalam erti kata lain, krisis-krisis membuka alternatif-alternatid yang lain dan bukannya menentukan hasil sebelumnya. Bagaimana para pekerja bereaksi kepada kemerosotan ekonomi besar bergantung bukan sahaja kepada keadaan materialis mereka tetapi juga kepada kekuataan pertubuhan-pertubuhan kolektif mereka, ideologi-ideologi berbeza yang mempengaruhi mereka, dan parti-parti politik yang bersaing untuk memimpin mereka. Marx membezakan di antara dasar ekonomi masyarakat dan mahastruktur politik, perundangan dan ideologi. Marx menghuraikan dasar ekonomi masyarakat sebagai 'dasar sejati' kehidupan sosial. Tetapi ini tidak bermakna, seperti yang dikatakan oleh pengkritik-pengkritiknya, bahawa dia menganggap mahastruktur tersebut sebagai tidak penting. Sebaliknya, pada masa-masa krisis, apa yang berlaku dalam mahastruktur - di mana, seperti yang dikatakannya, “manusia menjadi sedar akan konflik ini dan memperjuangkannya” - menjadi penting dalam menentukan akibatnya. Mitos lima: Sosialisme kerajaan Akhirnya, kita diberitahu bahawa wawasan sosialisme Marx adalah wawasan pemerintahan mutlak di mana kerajaan merampas kuasa ekonomi dan mengawal kehidupan semua orang dengan terperinci. Maka, penumbangan masyarakat-masyarakat Stalinis pada hujung tahun 1980-an merupakan akibat kesilapan Marx mengenai konsep masa depan. Sekali lagi, ini merupakan pemesongan sepenuhnya pandangan-pandangan sebenar Marx. Dia menganggap idea sosialis kerajaan sebagai sesuatu yang bercanggah. “Kemerdekaan,” dia menulis, “terdiri daripada mengubah kerajaan daripada organ yang ditekankan ke atas masyarakat menjadi organ yang tertakluk kepada masyarakat.” Dalam tulisan-tulisannya mengenai Perancis, dia menentang sepenuhnya pertumbuhan kerajaan birokratik pusat yang ditekankan ke atas masyarakat demi kepentingan kapital. Dia mengalu-alukan Komun Paris pada tahun 1871 sebagai “revolusi menentang kerajaan sendiri.” Dia memuji para pekerja kerana memusnahkan aparatus kerajaan birokratik dan menggantikannya dengan pertubuhan-pertubuhan di bawah kawalan demokratik secara langsung. Sosialisme, Marx menekankan, tidak dapat ditekankan ke atas rakyat oleh mana-mana elit makrifat. Ia merupakan “pembebasan sendiri oleh kelas pekerja” - sebuah proses di mana rakyat biasa membebaskan diri mereka dengen beratur secara demokratik untuk menghancurkan kuasa kaum penindas kapitalis minoriti. Maka, masyarakat-masyarakat Stalinis, dengan pemusatan kuasa di atas, adalah bertentangan dengan konsep sosialisme Marx. Oleh kerana itu, penumbangan masyarakat-masyarakat tersebut tidak menafikan pemikiran Marx. Sambil ketidak-samarataan dan ketidak-rasionalan yang bermaharajalela dalam masyarakat kapitalis liberal yang menguasai dunia pada hari ini menjadi semakin jelas, ia sudah tiba masanya untuk kembali kepada Marx - bukannya Marx dari mitos-mitos yang dibantahi di sini, tetapi Marx sejati, dengan kritikan tajam terhadap sistam kapitalis dan wawasan dia bagi alternatif: kemerdekaan umat manusia.